Ahad, 22 Februari 2015

ALOI

SIFAT ALOI DAN PENGGUNAANNYA

Apakah itu Aloi?
  • Pengaloian ialah proses pencampuran satu jenis logam dengan yang lain atau dengan karbon.
  • Aloi ialah hasil pencampuran daripada pengaloian.
  • Aloi merupakan campuran dua atau lebih unsur di mana salah satu unsur itu ialah logam
Sifat Aloi
  • keras
  • kuat
  • tahan hakisan
Tujuan Pengaloian
  1. Menambah kekerasan logam
  2. mencegah kakisan atau pengaratan
  3. memperbaiki rupa bentuk logam
Contoh Aloi
  1. Aloi: Duralumin
    Komposisi: Aluminium (95%), Kuprum (4%)
    Sifat Khas: Ringan, Kuat, dan tahan kakisan
    Kegunaan: Pesawat Terbang
  2. Aloi: Keluli
    Komposisi: Besi (99%), Karbon (1%)
    Sifat khas: keras, kuat
    Kegunaan: Rangka bangunan, jambatan, kereta api
  3. Aloi: Keluli nirkarat
    Komposisi: Besi (72%), kromium (18%), nikel (8%), lain-lain(2%)
    Sifat Khas : tidak berkarat dan tahan kakisan
    Kegunaan: Alat dapur seperti pisau, sudu dan garpu
  4. Aloi: loyang
    Komposisi: Kuprum (96%), zink (20%)
    Sifat Khas: Kuat, berkilat dan mudah diuruskan
    Kegunaan: Alat muzik, loceng, tombol pintu
  5. Aloi: Piuter
    Komposisi: Timah (89%), antimoni (7%), plumbum (2%), kuprum (2%)
    Sifat Khas: Teguh, berkilat dan tahan kakisan
    Kegunaan: Barangan perhiasan seperti pingat
  6. Aloi: Kuprunikel
    Komposisi: Kuprum (75%), nikel (25%)
    Kegunaan: Duit syiling
Perbezaan aloi dan logam tulen
  • logam tulen adalah lembut dan kurang kuat kerana lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor di antara satu sama lain.
  • aloi adalah keras dan kuat kerana atom asing dalam logam tulen mencegah atom-atom logam tulen daripada menggelongsor di antara satu sama lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan